Selasa, 1 Disember 2015

#BBM 3412 :SEHARI BERSAMA ANAK-ANAK DI MINI MALAYSIA


Tidak semua ibubapa dapat meluangkan masa bersama-sama anak-anak kerana sibuk dengan tugasan seharian. Walau sesibuk mana sekalipun kita bekerja, anak-anak tetap diutamakan. Itulah yang aku lakukan bersama-sama anak-anak walaupun tidak jauh tempatnya hanya di Melaka tetapi ianya amat bermakna dalam hidup mereka.

Duduk bersama anak-anak di Rumah Mini Malaysia terasa bagaikan berada di rumah sendiri. Seperti kata orang.....anak-anak sudah biasa duduk makan di atas kerusi meja yang mahal tetapi apabila rumah tiada kerusi makan bagaimana mereka hendak menghadapinya...Itulah yang aku mahu terapkan dalam diri anak-anak ku yang mana.....sekaya mana  kita pun akan datang rasa susah dalam kehidupan.....

Kelakar juga apabila melihat mereka duduk di atas tikar mengkuang. Terasa janggal mereka hendak makan dengan duduk bersila....anak-anak moden katakan....malu nak duduk bersila.

Itulah adat kita dahulu yang mana anak-anak tidak merasa kesusahan yang kita hadapi untuk membesarkan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan