Sabtu, 5 Disember 2015

#bbm3412:instagram dan komen

     


                    


                    


                      


                      

#bbm3412:twitter dan komen

 



                          



                                                      

#bbm3412:facebook dan komen



                     
       


                


             


            


#BBM 3412 : MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH



Pada hari sabtu 5hb November 2015 saya dan beberapa orang guru telah datang ke sekolah untuk membersihkan kawasan sekeliling sekolah yang pada pandangan kami tidak berapa cantik dan bersih. Hati terasa malas sahaja hendak ke sekolah ....yea lah hari sabtu pulak tu.....tetapi rakan-rakan guru mengajak ku bersama-sama membersihkan dengan kata-kata 'tak ada kak fidah  tak best buat kerja'.Itu ler yea....dah kawan-kawan terpaksa juga saya datang...

Membersihkan kawasan sekolah memang memenatkan...ditambah dengan kerja seharian di rumah yang wajib dilakukan dahulu sebelum datang ke sekolah....buat sarapan suami dan anak-anak, membasuh baju, mengemaskan rumah...barulah ke sekolah....itulah namanya guru dan isteri yang mana semuanya boleh dilakukan tidak kira di rumah dan di sekolah.

Alhamdulillah....tepat jam 12 tengahari, semua kerja dapat dilaksanakan walaupun yang membuatnya semua guru wanita...menyapu sampah...mengaut rumput...mencabut pokok-pokok kecil.Hai....hati terasa suka melihat kawasan sekolah bersih dan teratur....yea lah....dalam waktu sekolah cuti ini pemantauan akan dijalankan ke semua sekolah.....tapi tidak mengapa...tugas tetap aku jalankan walaupun hari sabtu....

Jumaat, 4 Disember 2015

#BBM 3412 :MENCARI BAHAN DI LIBRARY UPM


Pada hari khamis 3 hb November 2015, aku telah ke library UPM bersama kawan-kawan ku untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan projek ilmiah sem 8.Kalau diikutkan nak ke UPM tu terasa jauh tetapi disebabkan untuk mencari bahan projek ilmiah bersama kawan ku tabahkan juga hati.

Alhamdulillah, kepenatan memandu dari pagi ke UPM hilang serta merta apabila bahan yang dicari telah dapat sepenuhnya. Dengan sokongan dari kawan-kawan yang pergi bersama, apa yang susah menjadi senang akhirnya. Kawan-kawan pun dapat juga bahan yang mereka cari.........

Setelah balik dari library sempat juga ler bergambar di fakulti pensyarah....ada juga bergambar di dalam kereta.....rasa kepenatan hilang jua akhirnya......semoga kepenatan kami dibalas dengan projek ilmiah kami yang sempurna.

Selasa, 1 Disember 2015

#BBM 3412 :KENALAN BERLAINAN NEGARA

 

Waktu gambar ini diambil adalah pada pertemuan F2F di UPM yang mana aku dan rakan-rakan sedang asyik berjalan-jalan di D Mines.....Kelakar juga apabila bertemu dengan orang yang berlainan bangsa, agama dan negara. Kekok juga hendak berbual kerana mereka ini tidak faham bahasa Malaysia. Nasib baik lah ada rakan-rakan yang mahir juga berbahasa inggeris......seperti ayam dengan itik rasanya.....

Tetapi mereka ini tidak kekok untuk bergambar bersama-sama dengan ku kerana mereka ini familiar dengan orang Malaysia. Bukan senang nak bergambar dengan negara lain....nak ke sana pun tidak berkesempatan....apabila terjumpa minta sahaja hendak bergambar.....terima kasih semuanya.

#BBM 3412 :SEHARI BERSAMA ANAK-ANAK DI MINI MALAYSIA


Tidak semua ibubapa dapat meluangkan masa bersama-sama anak-anak kerana sibuk dengan tugasan seharian. Walau sesibuk mana sekalipun kita bekerja, anak-anak tetap diutamakan. Itulah yang aku lakukan bersama-sama anak-anak walaupun tidak jauh tempatnya hanya di Melaka tetapi ianya amat bermakna dalam hidup mereka.

Duduk bersama anak-anak di Rumah Mini Malaysia terasa bagaikan berada di rumah sendiri. Seperti kata orang.....anak-anak sudah biasa duduk makan di atas kerusi meja yang mahal tetapi apabila rumah tiada kerusi makan bagaimana mereka hendak menghadapinya...Itulah yang aku mahu terapkan dalam diri anak-anak ku yang mana.....sekaya mana  kita pun akan datang rasa susah dalam kehidupan.....

Kelakar juga apabila melihat mereka duduk di atas tikar mengkuang. Terasa janggal mereka hendak makan dengan duduk bersila....anak-anak moden katakan....malu nak duduk bersila.

Itulah adat kita dahulu yang mana anak-anak tidak merasa kesusahan yang kita hadapi untuk membesarkan mereka.