Pada penghujung bulan 9 tahun 2015, aku telah diarahkan berkursus ke Johor Bahru bersama 5 lain rakan ku yang berlainan sekolah.Kursus ku itu bertajuk "KURSUS GPK 1) . Hati terasa amat berat untuk pergi berkursus kerana terpaksa meninggalkan anak-anak dan suami di rumah. Naluri keibuan ku amat berat mengatakan yang anak-anak akan susah hendak mengelolakan diri untuk ke sekolah.
Tetapi itu semua telah dapat ku ketepikan kerana suami memberikan kata-kata perangsang kepadaku agar sentiasa mendahulukan tugas yang diberikan walaupun berat sekalipun. Aku terus mengaturkan segala keperluan anak-anak selama aku 3 hari aku di Johor Bahru. Segala yang ku persiapkan aku siapkan dalam hati yang pilu walaupun kursus ku itu tidak lama.
Akhirnya, aku bertolak ke Johor Bahru bersama-sama suami dan anak-anak. Rasa gembira tidak terkata walaupun sekejap sahaja bersama-sama mereka.
Selama 3 hari aku di sana banyak pengalaman dan ilmu yang dapat aku timba walaupun di sana aku bergaul dengan mereka yang berlainan daerah. Tetapi seperti kata orang tua-tua "kita hendaklah sentiasa ramah dengan orang lain". Akhirnya aku dapat melepasi kursus itu dengan suasana yang gembira dan menyeronokkan walaupun di dalam hati meronta-ronta hendak pulang.