Pada hari sabtu 5hb November 2015 saya dan beberapa orang guru telah datang ke sekolah untuk membersihkan kawasan sekeliling sekolah yang pada pandangan kami tidak berapa cantik dan bersih. Hati terasa malas sahaja hendak ke sekolah ....yea lah hari sabtu pulak tu.....tetapi rakan-rakan guru mengajak ku bersama-sama membersihkan dengan kata-kata 'tak ada kak fidah tak best buat kerja'.Itu ler yea....dah kawan-kawan terpaksa juga saya datang...
Membersihkan kawasan sekolah memang memenatkan...ditambah dengan kerja seharian di rumah yang wajib dilakukan dahulu sebelum datang ke sekolah....buat sarapan suami dan anak-anak, membasuh baju, mengemaskan rumah...barulah ke sekolah....itulah namanya guru dan isteri yang mana semuanya boleh dilakukan tidak kira di rumah dan di sekolah.
Alhamdulillah....tepat jam 12 tengahari, semua kerja dapat dilaksanakan walaupun yang membuatnya semua guru wanita...menyapu sampah...mengaut rumput...mencabut pokok-pokok kecil.Hai....hati terasa suka melihat kawasan sekolah bersih dan teratur....yea lah....dalam waktu sekolah cuti ini pemantauan akan dijalankan ke semua sekolah.....tapi tidak mengapa...tugas tetap aku jalankan walaupun hari sabtu....